26 February 2010

Memenuhi Undangan Walimah

Minggu lepas bersama kedua orang 'bodyguard'ku ,kami naik bas Transnasional destinasi Johor Bahru untuk menghadiri majlis walimah ukt Asma' n akh Zaid. kedua-dua calon pengantin ni adalah 'kawan' kepada kedua-dua anakku yg sedang study d Surabaya. so, kami hadir ni merngkap mewakili merekalah kiranye...Perjalanan 3 jam lebih membawa kami k Hentian yang akan menurunkan penumpang ke Simpang Renggam dan kawasan yg sewaktu dgnnya kot,,. Sebaik sampai perhentian Restoren Jaya, tepat masuk waktu solat zohor, oh hari ni Jumaat, so kami kena tunggu sekejab sehingga usai solat Jumaat untuk di jemput.Sambil menunggu kami tiga beranak cari makan untuk mengisi perut, baru sedar yang kami tak sempat sarapanpun pagi tadi.

445 minit kemudian kawan datang bersama suami dan anaknya yang pernah ku kenali semasa berkunjung ke Matri tahun 2006. Macam tak percaya rasanya dapat jumpa lagi dengan kawan lama, sama sepersekolahan waktu sekolah menengah dulu,29 tahun yg lalu!!kemudian kami sama-sama melanjutkan pelajaran k UPM Serdang. Selepas graduate 1986 masing-masing tak ada khabar berita. Sebenarnya tahun 2006 semasa berkunjung ke Matri baru tahu yang kawanku ini dah berkahwin dengan orang Johor,bila anaknya memperkenal diri, 'kamek pun orang Sarawak juak,mak mek orang sarawak".tegur anaknya dengan mesra.

Petang selepas asar ke rumah mempelai perempuan jumpa calon mempelai, borak2 sekejab kerana tak nak menyibukkan bakal pengantin ni, pergilah k dapur join orang-orang kat dapur yg tengah buat persiapan untuk hidangan makan malam selepas majlis aqad malam tu.. erm...berpeluang mengenali budaya orang jawa kat sini melalui menu makanan yang disediakan.Wah!! ada hidangan ikan keli masak berlada..ummm.. my favorite.!!klu di indonesia masakan ini mirip 'pesmol' cuma yg ini agak berkuah..yalah org jawa kan suku kaum yg asal dr tanah seberang jgk..p x kesahlah yg ptg., "ikan lele/ kelinya... cuma satu yg agak lain dengan kebiasaan kami org sarawak ada menu yg d panggil 'sambal goreng' sekali pandang mcm meehun goreng. Ingatkan mkn lauk2 tu dgn meehun je tanpa nasi..bertanyalah juga mkn dgn apa? Bila duduk mengadap hidangan br lah tau rupanya begitu cara orang makan, hehe ni agaknya yg dikatakan 'lain padang lain belalang',lain orang...eh terlupa plk pghjg peribahasa nie..dan tu lah rahmat Allah menjadikan manusia ni bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar saling kenal mengenal.


"Wahai manusia! sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan,kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenal"(Al hujur
at :13)

Pada sebelah malam majlis aqad nikahpun dilangsungkan d masjid berdekatan dengan rumah pengantin. Meriah dan mengharukan.. terharu bila bab bacaan dailog2 di antara kedua ibubapa pegantin perempuan kepada menantu dan anakanda mereka. Pesanan kepada puteri mereka akan tanggungjawab baru yang perlu digalas dan bertukarnya hak penjagaan selama ini kepada si suami. klu org jenis 'cenggeng' memang menangis jgklah rasanya....selesai majlis gotong royong membersih masjid oleh pemuda pemudi di situ. tak ketinggalan dua orang 'bodyguard'ku turut membantu.tak rugi bawa mrk.hehe... Pemudinya 3 org je pun..nk tlg jgk tp tak d kasi so duduk je le jd mandor tak bertauliah..sambil memerhati mereka sibuk buat kerja masing-masing terpikir plk beginilah tenaga pemuda yg msh energetic klu d manafaatkan k jalan yg baik maka beruntunglah; kagum melihat kesungguhan mereka semua.

Teringat dengan kata-kata Presiden pertama Indonesia Bung Sukarno "Berikan aku sepuluh pemuda nescaya akan aku tawan satu dunia." meaning thats how powerful are those young guys, so jgn sia-sia tenaga muda kalian gegarkan dunia dengan kehebatan Islam!!!

24 February 2010

Sehari Di Bintulu

Agak-agak ni macam Tanjung Batu tak?

Kem Cuti Sekolah 2009

Esok merupakan hari terakhir kem untuk tahun ni.Alhamdullilah sampai gak kami ke penghujung program setelah 14 hari mengisi hari-hari bersama dengan program dan aktiviti yang disusun bagi tujuan meningkatkan tsaqafah dan tasawur Islami para peserta. Sesi riadah,game dan Lawatan memberikan kesempatan untuk para peserta dan FC menjalin ukhuwah dan rasa kebersamaan yang lebih mengikat.

Malam tadi kami buat Majlis Penangguhan untuk peserta-peserta perempuan,kami buat berasingan agar mereka lebih bebas untuk berkreativiti,beraksi..ha2 disamping mendidik puteri-puteri ini mereka adalah 'mutiara-mutiara' yg perlu dijaga dari sebarang pandangan,usikan dan siulan para lelaki yang anjanabi. Ternyata anak-anak ini begitu kreatif dan begitu berbakat dalam persembahan mereka..Lucu,terharu,terhibur dan berbagai-bagai gelagat yang pastinya meninggalkan memori indah yang terlupakan.....