Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

03 March 2011

SPECIAL DISH 4 MY BESDAY


Ketika mencari gambar2 yg sesuai untuk postku yg sebelum ini,terjumpa satu gambar yg menarik sebuah kek Ulang tahun,yg bertemakan laut yg membiru dan ada sebuah perahu nelayan dan seorang nelayan sedang memancing ikan.
Sebenarnya ada kaitan gambar ini dengan post kali ini. Nak sharing satu pengalaman,bukan pengalaman diri sendiri, putera sulungku,abang semalam memulakan pengalaman pertamanya turun ke laut tangkap ikan. Awal pagi seusai solat jemaah subuh d masjid pg tu dia bersiap2..ingat nk ajak g jogging..eeh rupanya nk ikut ke laut dgn bilal masjid Asyakirin. bersiap ala kadarnya.Bekalkan dia air minuman dan roti buat pengalas perut semasa di laut nanti.
Tengahari tertunggu2 jgk ingat dia pergi separuh hari. Tak sabar nk sharing dan dengar cerita pengalamannya . Selesai kelas mengaji dengan ibu2 dan masuk waktu asar tak nampak lg bayang abang.Lewat petang br abang balik, dengan muka yg merah 'sunburn' bawa dua plastik ikan. satu plastik dengan seekor ikan tenggiri yg sederhana besar dan satu plastik lg ada ikan kerapu dan ikan 'jamah' kecil rupanya menurut abg ikan2 itu adalah untuk umpan pancing ikan tenggiri. Wah!! gembiranya dapat ikan 'fresh'.. apalagi terus siang untuk buat 'umai' ikan tenggiri. sambil suami menyiang dan membersih ikan aku sediakan bhn2 untuk buat umai.potong limau kasturi,perah airnya,potong bawang besar dan cili padi. stok halia habis.erm.. "tak ikan 'fresh' cicah garam pun sedap", komen suamiku.
Bertanya dan bertukar cerita gan abg mcm wartawan nk interview lah pulak. Alhamdullilah abang tak mabuk laut,cuma mula2 agak pening bila di alun ombak laut. katanya sehari suntuk baru umpannya mengena, alhamdulillah dapat seekor ikan tenggiri yg agak besar dengan berat 3 kg. Balik petang tu,selesai makan dan solat maghrib abang terus flat..hehe..kesian dia.Tp apapun 'darah nelayan' arwah atuknya mengalir juga dalam diri putera sulungku ini yg memang dari kecil amat meminati apa2 yg berkaitan dgn ikan..

Malam tu balik dari kelas Tadabur Quran kami 'super' dengan umai ikan tenggiri yg fresh.
Itulah hidangan 'special' untuk besdayku tahun ni bknnya Kek Harijadi dan rasanya terlebih specialnya ikan tu hasil tangkapan putera sulungku Muhammad Noor bin Ali.

Tapi sebenanya bukanlah nk fokus pasal makanan/hidangan tetapi nak mengambil pelajaran akan erti sebuah kehidupan . Laut yg luas seumpama kehidupan di dunia ini yg Allah titipkan buat kita. Di sana lah kita mencari bekalan amal untuk kita bw pulang ke negeri yg abadi. Klu tersilap haluan akn tersesatlah kita, nk belayar kena ada ilmu yg cukup tau mana utara,selatan,timur dan barat. Kena tangkas mengendali perahu agar tak karam dek lambongan ombak. Begitulah dlm kehidupan yg real, nk pastikan diri dalam trek yg betul kena berilmu utk tau betul dan salah,mesti ada skill spy halatuju perjalanan terkendali dan terarah ke jalan yg lurus..
Tetiba teringat gn satu kata2 fovourite seorang rakan pertandingan syarahan ketika kami mewakili Pertandingan Syarahan ms tingkatan 3 dulu,di mana aku berpeluang mewakili Sarawak untuk ke peringkat pertandingan Sabah dan Sarawak sebelum bertanding ke peringkat kebangsaan.
"Layarilah kehidupanmu"

"Bertiangkan Iman"
"Berlayarkan Taqwa" dan

"Berdayungkan Ilmu"

19 February 2011

~Rindu~


Rindu yang mengamit di hati,teringat anak-anak yang jauh di perantauan, mengingatkan kata-kata yang sering menjadi usikan kami anak beranak bila berpeluang berkumpul bersama; "Indahnya kebersamaan", membuatkan tetiba teringin nk tulis something kat blog yg telah menjadi semak samun tak dijenguk2..idea menamakan blog ini jgk sempena kata2 favourite kami ini.
Peluang berkumpul semua ahli keluarga memang jarang, boleh kata setahun sekali sahaja semua ahli full kat rumah.Sebab tulah time semua ada, pantanglah tgk ahli keluarga yang tak join sama apa2 aktiviti kat rumah tu,makan,minum,lepak2,jalan2...kalau tidak keluarlah kata-kata ; "Indahnya Kebersamaan". Bila dah keluar kata-kata azimat ni mmg surrender punya..tak seorang yang tak akan join sekali wlupun rasa nak bersendirian..
Sebenarnya baru balik dari travel ke Sarikei dan Sibu menemani baba memberi pengisian ceramah sempena Maulidur Rasul. Biasanya klu travel driving jauh2 bersama anak-anak riuh rendah dalam kereta.Masing-masing mengeluarkan bakat berendam ....,hehe..masing-masing nk keluarkan talent; bernasyid,menyanyi ada yang menjadi vokalis,suara harmoni, tukang gendang,tukang kritik dan macam-macam.Yang penting baba yang bawa kereta tak mengantuk.Tadi bila travel berdua je.. terasa merindui suasana riuh rendah itu, wlupun berbual dr satu topik ke satu topik sambil mendengar putaran cd bacaan Quran n nasyid kekadang perasaanitu menerpa juga.
Berangkat 18 Febuari 11.30 dari Bintulu,behenti untuk solat Jumaat di Masjid kat Tatau.1.40 ptg mula gerak ke Sibu target sampai Sarikei dalam pukul 5 ptg. Sampai di bandar Sarikei alhmdulillah dalam pukul 4.30 ptg, check in d lounge 808. Tadi tak sempat singgah lunch,sebelum rehat cari makan dulu. Ada sejam lebih untuk istirehat,longgarkan urat2 kaki yg tegang duduk hampir 5 jam especaially yg driving..
Baba dapat 2 slot ceramah semasa di Sarikei, kuliah magrib di masjid, Kpg Baru Seberang dan Kuliah subuh di masjid lupa catat nama masjid ni..intipati ceramah-ceramah baba berkisar dengan peringatan untuk menjadikan ArRasul saw sebagai QUDWAH HASANAH dalam setiap
aspek kehidupan, tidak kira siapa anda; seorang pemimpin,ketua,suami, sahabat ,majikan dll
Kenali Rasul saw dari 4 sudut pengiktirafan:
i. Pengiktirafan dari Allah
ii. Pengiktiratan dari keluarga terdekat
iii. Pengiktirafan para sahabat
iv. Pengiktirafan musuh
Semakin mengenali kehebatan peribadi baginda saw. semakin menambahkan rasa kecintaan terhdp baginda. dan of course tak stop di situ jer,,Yg plg penting bagaimana nak aplikasikan setiap qudwah terbaik tersebut dlm kehidupan sbg muslim dan dai penerus perjuangan Rasulullah tercinta.

Sekian dulu tulisan 'rojak' sy juz a warming up of a starting.

10 March 2010

1 MAC 2010 SERIBU KENANGAN


1 Mac datang berkunjung lagi..Alhamdulillah setahun dah berlalu semenjak 1 mac 2010.
Puji syukur yg tidak terhingga ku panjatkan kepada Allah yg Maha Rahim dan Maha Rahman.
Usia yg sudah mnginjak hampir separuh abad.. bila muhasabah balik, rasa cemas, takut,bimbang berbagai perasaan berbaur menjadi satu.Setelah puluhan tahun Allah titipkan umur ini sudahkah aku menjadi seorang hamba Allah yang patuh dan taat, menjadikan DIA Ghayah dalam kehidupan .RedhaNya menjadi dambaan dan menata kehidupan mengikut qudwah indah dan hasanah dr Rasulullah saw tercinta ..Mudahkan aku Ya Rabb menelusuri sisa2 umur ya Engkau berikan dengan penuh pengabdian seorang hamba.

Tahun ini seperti biasa, mesti dia yg juara ,putri kesayangan yg kkdg keluar sifat kemanjaannya..wish me happy birthday n doa. Ahmad dr Yaman tidak ketinggalan.Tapi ada yg lawak ada yg nk bagi hadiah pop ice perisa kek harijadi.. mana nk carik. dah suruh kita yg beli..isk2 kreatif betul nk perkena orang..x pe lah yg penting semua orang bahagia...

Bila buka bahagian edit post blog terjumpa ada entri yg pending sejak Mac tahun lalu,sempena hr lahirku jgk..rs nk post je tahun nie sebagai kenangan muga sempat dibaca oleh anak2, anak2 menantu dan cucu2 (beranganlah plk)

Belated post....
Hari ini dah 10 hari Hari Ulang Tahunku berlalu, br berkesempatan mencatat sedikit Coretan . Ulang Tahunku tahun ini terasa lebih meriah diraikan,bukan kerana Pesta Ulangtahun atau Acara Potong kek (memang x pernah buatpun..hehe) tapi kerana begitu banyak kiriman ucapan dan doa dan tidak kurang juga yg kirim "kek2 palsu"…..hehe .dari sahabat2,anak2 didik,madu', sanak sedara dan keluarga tercinta. terasa begitu indah dan manisnya ukhuwah fillah....
Anak-anakku masing-masing dengan cara tersendiri mengungkapkan doa dan ucapan mereka. Yang pertama sekali wish slps my hubby puteri tunggalku Sarah, tepat tengah malam 01 Mac ada bunyi message signal tgk2 dia hantar ucapan ulangtahun dan doa dipanjatkan dari tanah seberang. Esoknya putera sulungku Mohammad wish dalam facebook. Pagi2 dapat jg sms dr si bungsu,Afiif walaupun duduk asrama berusaha jugak pinjam hp senior nk hantar ucapan dn doa. Tengahari dpt call dr puteraku yg kedua, Ahmad, “Happy Birthday ma” katanya dengan iringan bunyi minyak yg tgh mengalir, rupanya tengah monitor juruteknik isi minyak heli. Sehari berlalu, mana Kautsar ni tak wish lagi? Tak ingat ke dia?eh tau2 bila dia sampai 4 hb ari tu dia bagi sekeping kad yg mungil “Happy Belated birthday” dan secebis bingkisan. isi bingkisan itu ku abadikan di sini buat tatapan dan kenangan kami

Bingkisan dari Kautsar

“Tidak ada hadiah yg mampu aya berikan melainkan kasih sayang aya pada mama,walau aya tahu, kasih sayang ini tidak mampu menandingi kasih sayang mama kat aya . Tiada ucapan dan kata-kata yang lebih bernilai melainkan doa tulus dari hati untuk mama,wlupun aya tahu tidak mampu kadang2 menyamai mama yang tidak pernah putus-putus mendoakan aya,tidak pernah jemu dan serik mendoa dan menasihatkan aya.Apapun ma,terima kasih atas segalanya,atas semua yg mama bg kat aya dr kecik sampai besar, tidak jemu melayan kerenah aya,jaga makan minum,pakaian,kesihatan,pendidikan dsb.Terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik buat aya.Ma,aya minta maaf atas segala kesalahan,kekhilafan aya kat mama.mamapun tahu aya ni byk kesalahan aya buat kat mama.Keampunan mama penting untuk mendapat langkah awa ke syurga bersama keluarga nanti.

Redhailah kehidupan anak mama ni,muga dapat juga aya redha Allah,kerana redha Allah itu pada redha mama dan baba.Aya mintak maaf lg byk2 klu kdg2 suka komlen jak,malas tolong mama,selalu sgt minta duit kat mama dan selalu merisaukan mama. Aya tahu mama harapkan kejayaan daripada aya,jadi aya minta maaf kalau kadang2 x sampai hajat mama.Aya akan cuba sedaya upaya belaja sungguh2 untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Akhir sekali ma, aya harapkan sangat doa daripada mama untuk aya,spm yang akan keluar x lama lg dan doakan kebahagian aya dalam hidup ni ma.Tanpa doa mama sapalah aya ni.Doakan juga supaya aya dapat jodoh dan isteri yang sholehah,commit dengan dakwah dan tarbiyah dan baik serta cantik(tambahan).Ok itu jaklah yg mampu aya coretkan di sini.minta maaf kalau ada yg terkasar bahasa."

Akhirnya trm kaseh yg tersgt..kpd semua yg mendoakan dan ingatan.. smg sisa umur yg msh tersisa ini dapat di wakafkan untuk menjadi seorg hamba yg muslimah dan muharikah.