03 March 2011

SPECIAL DISH 4 MY BESDAY


Ketika mencari gambar2 yg sesuai untuk postku yg sebelum ini,terjumpa satu gambar yg menarik sebuah kek Ulang tahun,yg bertemakan laut yg membiru dan ada sebuah perahu nelayan dan seorang nelayan sedang memancing ikan.
Sebenarnya ada kaitan gambar ini dengan post kali ini. Nak sharing satu pengalaman,bukan pengalaman diri sendiri, putera sulungku,abang semalam memulakan pengalaman pertamanya turun ke laut tangkap ikan. Awal pagi seusai solat jemaah subuh d masjid pg tu dia bersiap2..ingat nk ajak g jogging..eeh rupanya nk ikut ke laut dgn bilal masjid Asyakirin. bersiap ala kadarnya.Bekalkan dia air minuman dan roti buat pengalas perut semasa di laut nanti.
Tengahari tertunggu2 jgk ingat dia pergi separuh hari. Tak sabar nk sharing dan dengar cerita pengalamannya . Selesai kelas mengaji dengan ibu2 dan masuk waktu asar tak nampak lg bayang abang.Lewat petang br abang balik, dengan muka yg merah 'sunburn' bawa dua plastik ikan. satu plastik dengan seekor ikan tenggiri yg sederhana besar dan satu plastik lg ada ikan kerapu dan ikan 'jamah' kecil rupanya menurut abg ikan2 itu adalah untuk umpan pancing ikan tenggiri. Wah!! gembiranya dapat ikan 'fresh'.. apalagi terus siang untuk buat 'umai' ikan tenggiri. sambil suami menyiang dan membersih ikan aku sediakan bhn2 untuk buat umai.potong limau kasturi,perah airnya,potong bawang besar dan cili padi. stok halia habis.erm.. "tak ikan 'fresh' cicah garam pun sedap", komen suamiku.
Bertanya dan bertukar cerita gan abg mcm wartawan nk interview lah pulak. Alhamdullilah abang tak mabuk laut,cuma mula2 agak pening bila di alun ombak laut. katanya sehari suntuk baru umpannya mengena, alhamdulillah dapat seekor ikan tenggiri yg agak besar dengan berat 3 kg. Balik petang tu,selesai makan dan solat maghrib abang terus flat..hehe..kesian dia.Tp apapun 'darah nelayan' arwah atuknya mengalir juga dalam diri putera sulungku ini yg memang dari kecil amat meminati apa2 yg berkaitan dgn ikan..

Malam tu balik dari kelas Tadabur Quran kami 'super' dengan umai ikan tenggiri yg fresh.
Itulah hidangan 'special' untuk besdayku tahun ni bknnya Kek Harijadi dan rasanya terlebih specialnya ikan tu hasil tangkapan putera sulungku Muhammad Noor bin Ali.

Tapi sebenanya bukanlah nk fokus pasal makanan/hidangan tetapi nak mengambil pelajaran akan erti sebuah kehidupan . Laut yg luas seumpama kehidupan di dunia ini yg Allah titipkan buat kita. Di sana lah kita mencari bekalan amal untuk kita bw pulang ke negeri yg abadi. Klu tersilap haluan akn tersesatlah kita, nk belayar kena ada ilmu yg cukup tau mana utara,selatan,timur dan barat. Kena tangkas mengendali perahu agar tak karam dek lambongan ombak. Begitulah dlm kehidupan yg real, nk pastikan diri dalam trek yg betul kena berilmu utk tau betul dan salah,mesti ada skill spy halatuju perjalanan terkendali dan terarah ke jalan yg lurus..
Tetiba teringat gn satu kata2 fovourite seorang rakan pertandingan syarahan ketika kami mewakili Pertandingan Syarahan ms tingkatan 3 dulu,di mana aku berpeluang mewakili Sarawak untuk ke peringkat pertandingan Sabah dan Sarawak sebelum bertanding ke peringkat kebangsaan.
"Layarilah kehidupanmu"

"Bertiangkan Iman"
"Berlayarkan Taqwa" dan

"Berdayungkan Ilmu"

1 comment:

  1. jeles orang tu dapat makan umai. aritu kami nak buat tapi malas nk p bli ikan. haha

    ReplyDelete