21 February 2011

~~APABILA HILANG RASA FAKIR~~

Ramai orang yang melakukan dosa dan kesalahan terhadap Allah kerana dia merasa cukup dengan kemampuan dirinya dan seakan-akan tidak lagi memerlukan

(rasa fakir) kepada sesiapapun, termasuk pada Yang Maha Kaya.

Dia beranggapan bahwa dirinya mampu melakukan semua perkara dengan :

  • Kekuatannya
  • Kemampuannya
  • Potensi dirinya
  • Tenaga dirinya
Dia merasa bahwa semua yang dia dapatkan adalah hasil dari :
  • Kekuatan fikirannya.
  • Kemampuan ilmunya.
  • Kejernihan pengiraannya
  • . Kematangan perhitungannya
Inilah yang berlaku kepada Qarun yang angkuh dengan harta yang dimilikinya yang kemudiannya Allah turunkan azab kepadanya dengan ditelankannya dia oleh bumi yang tidak lagi suka pada :

a. Kecongkakannya. b. Kesombongannya. c. Keangkuhannya.

yang dipamerkannya sehingga membuatkan bumi merasa marah...

So..Ingatlah apapun kejayaan yang kita perolehi selalu 'link'kan semua itu atas izin dan kehendak

Allah yang Maha Memberi Rahmat,Maha Pemurah dan Maha Kaya. Apalagi sampai kita tidak

'appeciate and 'under istimate' usaha orang lain. mari berMuhasabah Diri

No comments:

Post a Comment