19 February 2011

~Rindu~


Rindu yang mengamit di hati,teringat anak-anak yang jauh di perantauan, mengingatkan kata-kata yang sering menjadi usikan kami anak beranak bila berpeluang berkumpul bersama; "Indahnya kebersamaan", membuatkan tetiba teringin nk tulis something kat blog yg telah menjadi semak samun tak dijenguk2..idea menamakan blog ini jgk sempena kata2 favourite kami ini.
Peluang berkumpul semua ahli keluarga memang jarang, boleh kata setahun sekali sahaja semua ahli full kat rumah.Sebab tulah time semua ada, pantanglah tgk ahli keluarga yang tak join sama apa2 aktiviti kat rumah tu,makan,minum,lepak2,jalan2...kalau tidak keluarlah kata-kata ; "Indahnya Kebersamaan". Bila dah keluar kata-kata azimat ni mmg surrender punya..tak seorang yang tak akan join sekali wlupun rasa nak bersendirian..
Sebenarnya baru balik dari travel ke Sarikei dan Sibu menemani baba memberi pengisian ceramah sempena Maulidur Rasul. Biasanya klu travel driving jauh2 bersama anak-anak riuh rendah dalam kereta.Masing-masing mengeluarkan bakat berendam ....,hehe..masing-masing nk keluarkan talent; bernasyid,menyanyi ada yang menjadi vokalis,suara harmoni, tukang gendang,tukang kritik dan macam-macam.Yang penting baba yang bawa kereta tak mengantuk.Tadi bila travel berdua je.. terasa merindui suasana riuh rendah itu, wlupun berbual dr satu topik ke satu topik sambil mendengar putaran cd bacaan Quran n nasyid kekadang perasaanitu menerpa juga.
Berangkat 18 Febuari 11.30 dari Bintulu,behenti untuk solat Jumaat di Masjid kat Tatau.1.40 ptg mula gerak ke Sibu target sampai Sarikei dalam pukul 5 ptg. Sampai di bandar Sarikei alhmdulillah dalam pukul 4.30 ptg, check in d lounge 808. Tadi tak sempat singgah lunch,sebelum rehat cari makan dulu. Ada sejam lebih untuk istirehat,longgarkan urat2 kaki yg tegang duduk hampir 5 jam especaially yg driving..
Baba dapat 2 slot ceramah semasa di Sarikei, kuliah magrib di masjid, Kpg Baru Seberang dan Kuliah subuh di masjid lupa catat nama masjid ni..intipati ceramah-ceramah baba berkisar dengan peringatan untuk menjadikan ArRasul saw sebagai QUDWAH HASANAH dalam setiap
aspek kehidupan, tidak kira siapa anda; seorang pemimpin,ketua,suami, sahabat ,majikan dll
Kenali Rasul saw dari 4 sudut pengiktirafan:
i. Pengiktirafan dari Allah
ii. Pengiktiratan dari keluarga terdekat
iii. Pengiktirafan para sahabat
iv. Pengiktirafan musuh
Semakin mengenali kehebatan peribadi baginda saw. semakin menambahkan rasa kecintaan terhdp baginda. dan of course tak stop di situ jer,,Yg plg penting bagaimana nak aplikasikan setiap qudwah terbaik tersebut dlm kehidupan sbg muslim dan dai penerus perjuangan Rasulullah tercinta.

Sekian dulu tulisan 'rojak' sy juz a warming up of a starting.

No comments:

Post a Comment